Meraikan Legasi BOH
1890 - 1910
Keluarga Russell tiba di Tanah Melayu. John Archibald Russell (‘Archie’) ketika itu berusia 6 tahun. Dengan minat yang mendalam terhadap kehidupan di Tanah Melayu, beliau terlibat dalam pelbagai perniagaan dan bahkan telah membina sebuah stesen keretapi. Archie juga fasih menggunakan 5 dialek Bahasa Cina dan Bahasa Melayu.
1920 - 1930
Walaupun terdapat kemelesetan global ketika itu, Archie menyedari potensi dalam industry teh. Bersama- sama A.B. Milne, penanam teh dari Sri Lanka, mereka menubuhkan kebun teh BOH tanah tinggi pertama di Tanah Melayu pada tahun 1929 di Cameron Highlands.
Nama BOH berasal dari “Bohea”, iaitu tanah tinggi di Wilayah Fujian yang terkenal dengan gred teh berkualiti tinggi dalam perdagangan awal teh di Cina.
1930 - 1960
Setelah Archie meninggal dunia, beliau meninggalkan perniagaannya kepada balunya, Kathleen.
Selepas Perang Dunia Ke-2, Tristan, iaitu anak lelaki Archie yang berusia 21 tahun menyertai BOH.
Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, keluarga pengasas BOH menetap di Tanah Melayu dan optimis dengan masa depan Tanah Melayu.
1960 - 1970
BOH mengalami pertumbuhan yang signifikan pada dekad ini. Tristan memodenkan teknik memproses teh dengan pelaburan dalam teknik dan infrastruktur inovatif. Maskot yang disukai ramai, Mr. BOH, diperkenalkan. Mr. BOH Menjadi terkenal dan merupakan antara maskot yang pertama disiarkan di televisyen Asia.
1980 - 2000
BOH merupakan salah satu syarikat teh di dunia yang berintegrasi sepenuhnya. Memberikan penggunanya teh yang segar dari ladang, terus dari ‘pohon teh kepada cawan teh’.
Slogan ‘BOH Ada Ummph!’ telah digunakan untuk menggambarkan rasa teh BOH yang lebih pekat, unik dan mempunyai karakter yang tersendiri.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat BOH dikukuh melalui inisiatif pemuliharaan haiwan dan kelestarian alam sekitar.
Pada tahun 2002, BOH mula menyokong komuniti seni persembahan di Malaysia. Anugerah Seni BOH Cameronian yang dianjurkan secara tahunan mengiktiraf kecemerlangan dalam industri ini.
2010 - 2019
BOH meraikan ulang tahun ke-90 pada tahun 2019 dan membuka ruangan baru di Pusat Teh BOH di Sungei Palas, yang dinamakan sebagai Tristan’s Terrace.
BOH terus mengembangkan rangkaian tehnya dan memberi tumpuan kepada kebaikan minuman teh untuk menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna. BOH juga memperkenalkan pembungkusan premium yang direka khas sesuai untuk dijadikan sebagai pilihan hadiah.
2020 - 2023
BOH mempergiat usaha kelestarian alam di seluruh operasinya.
BOH kini mengguna pembungkusan yang boleh dikitar semula dan boleh biodegradasi, termasuklah penggunaan kertas yang diperakui oleh Forest Stewardship Council (FSC) yang diperoleh dari hutan yang diurus secara bertanggungjawab.
Panel solar yang dipasang di kilang-kilang kami membantu BOH memanfaatkan tenaga boleh diperhabaharui untuk mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida.
2024
BOH menyambut ulang tahun ke-95. BOH terus mengembangkan visinya melalui Bru Untuk Masa Hadapan’ berlandaskan nilai teras pemikiran jauh kehadapan, peka terhadap kelestarian dan hubungan sejagat ‘communiTEA’ setempat.
Kami percaya saat-saat yang dikongsi bersama secawan teh BOH dan berkongsi momen Ummph menambahbaikkan kesejahteraan hidup kita dengan diri kita sendiri, rakan-rakan dan keluarga, dan bumi seluruhnya.
Share this post: