PERADUAN UMMPH! BOH 2024 @ T F VALUE-MART

Terma & Syarat

  1. Peraduan Ummph! BOH (“Peraduan”) akan berlangsung dari 21 Ogos 2024 hingga 17 September 2024 (“Tempoh Peraduan”). BOH Plantations Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. Peraduan akan berlangsung selama enam (6) Minggu Peraduan seperti berikut:
    1. Minggu Peraduan 1: 21 Ogos 2024 – 27 Ogos 2024;
    2. Minggu Peraduan 2: 28 Ogos 2024 – 03 September 2024;
    3. Minggu Peraduan 3: 04 September 2024 – 10 September 2024;
    4. Minggu Peraduan 4: 11 September 2024 – 17 September 2024.

  2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 21 Ogos 2024) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

  3. Untuk menyertai Peraduan:
    1. Para peserta mestilah membeli produk BOH yang turut serta bernilai RM20.00 dan ke atas dalam satu resit dari mana-mana pasar raya fizikal atau kedai ‘online’ rasmi T F Value dalam Tempoh Peraduan. Satu (1) resit melayakkan peserta untuk menghantar satu (1) penyertaan.
    2. Jawab soalan: BOH menyambut Ulang Tahun ke-95 tahun ini. Betul/ Salah?
    3. Hantar butiran berikut melalui WhatsApp ke 017-7612271:
      1. Gambar jelas seluruh resit bercetak tunggal asal;
      2. Nombor Kad Pengenalan;
      3. Nama penuh seperti Kad Pengenalan;
      4. Jawapan.
    4. Simpan resit asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan sebagai bukti pembelian (“Bukti Pembelian”).
    5. Para Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan WhatsApp yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan butiran yang diperlukan dan Bukti Pembelian yang berlainan bagi setiap penyertaan.
    6. Para Peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan WhatsApp dengan Bukti Pembelian yang sama kepada pihak Penganjur.
    7. Hanya resit-resit bercetak asal dengan butiran produk yang jelas akan diterima. Untuk pembelian dalam talian, ‘order details’ akan diterima hanya sekiranya ia menyatakan bahawa pembelian tersebut sudah dibayar, dihantar dan selesai. Resit-resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, dicetak semula, diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak dan/atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Pihak Penganjur mempunyai budi bicara mutlak dan hak untuk membatalkan kelayakan resit-resit tidak sah tersebut.
    8. Peraduan akan bermula pada jam 12:00 pagi dan berakhir pada jam 11:59 malam, sepanjang Tempoh Peraduan.
    9. Memandangkan talian 017-7612271 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, tiada perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua penyertaan yang dihantar oleh Peserta kepada Penganjur melalui WhatsApp. Sebarang pertanyaan/panggilan melalui talian ini tidak akan dilayan.
    10. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada Peserta apa-apa caj yang dikenakan untuk menghantar penyertaan, jika ada.
    11. Para peserta hanya boleh menyertai Peraduan ini dengan menggunakan nombor telefon bimbit Malaysia yang berdaftar dan melalui telefon bimbit sahaja.
    12. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej WhatsApp dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.

  4. Cara pemilihan pemenang:
    1. Hadiah Utama x 20: Pemenang Hadiah Utama yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 60. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 3,602 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 60 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 60. Maka penyertaan layak ke-60, ke-120, ke-180 dan seterusnya akan disenarai pendek. Penyertaan yang disenarai pendek ke-1, ke-4 dan ke-7 akan menjadi pemenang Hadiah Utama yang layak. Sekiranya penyertaan yang disenarai pendek dibatalkan, penyertaan layak seterusnya yang diterima akan menjadi pemenang gantian.
    2. Hadiah Harian x 50 Pemenang x 28 Hari: Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, lima puluh (50) penyertaan layak pertama diterima akan memenangi Hadiah Harian setiap satu untuk hari tersebut.
    3. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki untuk menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
    4. Para pemenang Hadiah Utama yang layak dikehendaki menghantar melalui Pos Laju/kurier semua resit bercetak asal (dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan) dan salinan Kad Pengenalan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan Bukti Pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Pihak Penganjur tidak akan menanggung sebarang kos pos yang dibayar oleh pemenang.

  5. Hadiah-hadiah Peraduan:
    1. Hadiah Utama x 20: RM100.00 Baucar T F Value-Mart setiap satu.
    2. Hadiah Harian x 1,400: RM3.00 PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go eWallet setiap satu.
    3. Setiap peserta (berdasarkan Kad Pengenalan dan nombor telefon) hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama dan sehingga tiga (3) Hadiah Harian sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
    4. Hadiah Harian akan dihantar ke nombor telefon yang digunakan oleh peserta semasa menyertai Peraduan dalam masa lapan (8) minggu selepas Tempoh Peraduan. Untuk hadiah-hadiah yang dihantar terus kepada pemenang, bukti penghantaran adalah bukti penerimaan dan penyerahan hadiah. Pihak Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga tetapi tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah tidak diterima atau lewat. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya nombor telefon peserta tidak sah atau tiada dalam perkhidmatan.
    5. Kesemua hadiah mesti dituntut atas perbelanjaan pemenang sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas Tempoh Peraduan. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.
    6. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa atau sebelum penuntutan hadiah Peraduan sebagai pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh pihak Penganjur adalah Kad Pengenalan atau Lesen Memandu Malaysia. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta/pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri.
    7. Pihak Penganjur berhak atas budibicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah rosak setelah diterima oleh pemenang.

  6. Semua kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk Peraduan dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab peserta dan pemenang sepenuhnya.

  7. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini dan penggunaan hadiah-hadiah.

  8. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

  9. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan pihak Penganjur melalui khidmat pelanggannya di [email protected] bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

  10. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

  11. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.

  12. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan panggilan tidak akan dilayan.

Share this post:

Share via
Copy link
Powered by Social Snap